• 013 3049082
  • fiqmall.my@gmail.com

Polisi Tempahan

1.Pengesahan Penghantaran (Tracking Number)

a)   Selepas barang pesanan pelanggan diambil oleh pihak Poslaju atau mana-mana servis kurier yang kami daftarkan, nombor rujukan (tracking number) akan dimaklumkan melalui mesej atau whatsapp oleh pihak kami. Jika lambat, boleh maklumkan pada kami segera.

2. Cara Pembungkusan dijalankan

a)   Semua barang akan ditapekan bersama-sama  dan dibungkuskan dengan kemas sebelum dimasukkan ke dalam plastik Pos. Kami amat menitikberatkan keselamatan barang-barang anda.

b)   Pihak kami akan membuat pengkelasan barang sama ada barang tersebut perlu dihantar menggunakan beg plastik Pos Laju atau kotak bagi memastikan barang tersebut diterima dalam keadaan yang baik (mengikut saiz dan jenis barang yang dipesan).

3. Tempoh terima barang

a)   Tempoh penerimaan barang 7  hari bekerja dari tarikh penghantaran bergantung pada lokasi.

b)   Jika pelanggan belum menerima barang selepas 7 hari barang tersebut dihantar, pelanggan perlu memaklumkan pihak kami.

c)    Pelanggan diminta mesej semula maklumat seperti nama penuh, alamat lengkap, no.telefon, jenis produk dan kuantiti dan tracking number untuk pengesahan 

d)   Pihak kami akan membuat semakan penghantaran dengan pihak Poslaju/ Airpacks yang kami gunakan.

4. Pemulangan

a)    Pemulangan boleh dilakukan dalam 2 cara iaitu barang rosak dan juga jika kami tersilap pos barang

  • Pemulangan barang hendaklah dilakukan dalam tempoh empat  (7) hari selepas penerimaan barang.
  • Pihak kami tidak akan menerima sebarang pemulangan/pertukaran selepas tempoh tersebut.
  • Bungkusan dan barang tersebut masih dalam keadaan baik
  • Kos penghantaran adalah atas tanggungan pelanggan sendiri
  • Pastikan nama, jenis produk dan kuantiti produk yang diisi pada borang pesanan adalah betul
  • Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan pelanggan semasa mengisi borang pesanan.
  • Pihak kami tidak akan membuat pulangan wang.
  • Pelanggan hanya boleh menukar barang yang sama harga atau lebih (Jika lebih perlu membuat penambahan wang)
5. Stok

Jika kod yang anda tempah kehabisan stok, anda berhak untuk menukar dengan kod lain. Polisi kami, siapa bayar dulu dia yang akan dapat kod tersebut.

Semua polisi di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah oleh pihak kami dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak polisi ini dari semasa ke semasa.

Tilam Bayi | Tilam Bayi Murah | Produk Bayi © 2014 - 2015 | Design oleh Templateism.com, Plugin oleh MyBloggerLab.com

Powered by Blogger.